Semangat baharu Pas Jerantut

JERANTUT - Keputusan 47 ahli PKR sekitar Sungai Terlang, Batu Balai, Jerantut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pas satu langkah yang penuh bermakna sekali gus menyuntik  semangat kepada petugas untuk memastikan kemenangan parti itu pada PRU14 ini.

Hasrat kumpulan terbabit sebelum ini disampaikan kepada Pengerusi Sekteriat Anak Pahang Perantauan (SAPP) Tuan Zamani Tuan Ahmad yang juga Pengerusi Tetap Pas Batu Balai sebelum satu majlis diaturkan bagi tujuan itu, malam kelmarin.

Borang keahlian diserahkan wakil kumpulan terbabit, Azmie Deraman kepada Yang Dipertua Pas Jerantut, Yohanis Ahmad. Turut hadir calon Dun Damak, Zuridan Md Daud.

Tuan Zamani berkata, Pas Jerantut dan khususnya di Dun Damak mengalu-alukan keputusan kumpulan itu begitu juga dengan SAPP yang memikul amanah untuk menarik lebih banyak sokongan terutama dalam kalangan ahli parti lawan dan pengundi atas pagar.

Menurutnya, SAPP dalam rangka kerja  menjelajah seluruh Dun di negeri ini untuk menyedarkan pengundi demi agenda perubahan yang dibawa Pas sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Pahang selepas PRU14 nanti.

“Gerak kerja kami bermula sejak pembubaran parlimen 6 April lalu dengan mengerakkan exco SAPP ke beberapa kawasan Dun untuk menemui pengundi melalui program yang diaturkan termasuk program ceramah dan ziarah.

“Kita pikul tanggungjawab bantu calon Pas pada PRU14 ini melalui pendekatan politik matang dan sejahtera,” katanya.

Justeru katanya, apabila wakil kumpulan terbabit memaklumkan kepadanya tentang hasrat itu, beliau cuba aturkan dengan Pas Jerantut untuk adakan majlis pengisytiharan dan penyerahan borang keahlian.

“Alhamdulillah, Ustaz Yohanis dan Ustaz Zuridan bersetuju jadi kita tetapkan majlis ini pada program ceramah kelompok, malam kelmarin.

“Malah Ustaz Yohanis dalam ucapannya juga menyebut bahawa keputusan kumpulan ini untuk menyertai Pas sebagai batu loncatan dan memberikan semangat kepada pas kawasan Damak dan Parlimen Jerantut dalam merealisasikan kemenangan kedua-dua kerusi itu.

“Beliau berharap ahli baru ini mainkan peranan untuk memberikan kepada Pas,” katanya.

Tuan Zamani Tuan AhmadYohanis AhmadPas Jerantut
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :