PRK PD: Super heavyweight Vs Bebas!

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa menyindir semua pemimpin terlibat dan turun padang sempena PRK PD Sabtu ini dan menggelarkan pertempuran berkenaan sebagai Super heavyweight Vs Bebas.

Annuar berkata, PRK PD sungguh menarik apabila kesemua kepimpinan atasan Harapan, penasihat kerajaan, parti dan pegawai dari institusi penjara dan pasukan tentera turun padang ke PD sempena PRK berkenaan.

Menurutnya, senario berkenaan merupakan satu perkara yang menggembirakan setelah 30 tahun pertempuran politik Malaysia kini kesemuanya sudah berada dalam satu pasukan.

“Menarik PRK PD… Super heavyweight Vs Bebas je tapi habis semua turun..PM (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad), TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), menteri penasihat kerajaan, penasihat parti, pegawai penjara, tentera… Semua!

“Siap konsert ratusan ribu, peraturan pilihanraya entah ke mana. Satu perkara yang mengembirakan… 30 tahun pertempuran politik Malaysia adalah antara mereka semua. Kini semua sudah berada dalam satu pasukan...tiada lagi kata nista dan cerca mencerca,” kongsinya menerusi laman sosial Facebook peribadinya, hari ini.

Annuar berkata, pihak berkenaan semua sudah dapat kuasa dan rakyat semua terpedaya.

Menurutnya, yang masih ada dalam Umno hanya bekas pembantu dan penyokong mereka.

“Orang orang kecil dan tak terlibat dalam PRK PD ini… hanya menonton sandiwara dan bebas untuk menyokong siapa saja.

“Malaysia Baharu menakjubkan...yang berbaki dalam Umno patut berusaha mewujudkan UMNO BARU… umno tanpa superheavyweight yang kini sudah pun Bersatu. Sungguh menarik,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Tujuh penjuru di PRK PD]

PRK PD menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara PH, Pas dan lima calon Bebas.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor, di pekarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, 29 September lalu.

"Calon PKR, Anwar Ibrahim mengemukakan kertas penamaan pada 9.11 pagi, dan calon Pas, Mohd Nazari Mokhtar mengemukakan kertas penamaan pada 9.04 pagi.

"Bagi calon Bebas, Isa Abdul Samad menyerahkan borang penamaan pada jam 9.07 pagi, Chan Kee Leong (9.04 pagi), Lau Seck Yan (9.02 pagi),  Kan Chee Yen (9.06), Mohd Saiful Bukhari Azlan ( 9.16 pagi ) dan Rajindran Kumar (9.59 pagi).

Anwar IbrahimIsa Abdul SamadChan Kee LeongLau Seck YanMohd Saiful Bukhari AzlanRajindran KumarPRK Port Dickson Negeri Sembilan