Tun Razak PM meninggal dalam perkhidmatan

TRIVIA - Perdana Menteri (PM) Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein merupakan satu-satunya PM yang meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat dalam kerajaan.

Berusia 54 tahun, beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat acute leukemia di London dan dikebumikan di Makam Pahlawan berdekatan Masjid Negara.

Allahyarham memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955 di mana selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Dalam pilihan raya umum pertama selepas Merdeka pada 1959, beliau memenangi kerusi parlimen Pekan dan mengekalkannya sehinggalah beliau meninggal dunia.

Kerusi tersebut yang kosong selepas kepulangan beliau ke rahmatullah diisi anaknya, Datuk Seri Najib Razak selepas menang pilihan raya kecil pada tahun tersebut.