Keluar undi awal, elak cuaca tidak menentu: Halimey

PETALING JAYA - Calon PH bagi PRK Dun Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyeru pengundi supaya keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab dalam memilih wakil rakyat di kawasan itu.

Menurut beliau, langkah ini adalah bagi menggelakkan pengundi berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka tidak menentu pada hari ini.

"Saya minta kepada semua pengundi-pengundi Seri Setia yang masih lagi belum keluar agar dapat mengundi lebih awal lagi sebab kita tengok cuaca pun dah gelap," katanya selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca pada sebelah pagi di Seri Setia hujan manakala petang diramalkan cerah, sementara di Balakong cuaca diramalkan mendung pada sebelah pagi namun cerah pada sebelah petang.

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Seri Setia, Balakong diadakan serentak]

PRK Dun Seri Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Halimey dan calon Pas, Dr Halimah Ali.

[ARTIKEL BERKAITAN:Adun Seri Setia meninggal dunia]

Pada PRU14 lalu, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin memenangi kerusi Dun Seri Setia dengan memperoleh undian majoriti sebanyak 19,372 undi sekaligus mengalahkan calon BN, Datuk Yusoff M Haniff, calon Pas, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.

Halimey Abu BakarPRK Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :