'Gelombang suara anak muda mahukan perubahan'

GOMBAK - Pakatan Harapan (Harapan) membuktikan muafakat antara rakyat berjaya menawan Malaysia.

Calon Harapan dari PKR untuk kerusi Dun Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, kejayaan Harapan adalah tsunami anak muda yang berani membuat perubahan.

"Rakyat berani membuat perubahan kerana tuntutan hal berbangkit dalam soal ekonomi dan sosial berdasarkan penyelesaian dan tawaran di bawah manifesto Harapan.

"Rakyat bukan hanya mengekalkan kerajaan negeri Selangor tetapi membantu Harapan menang enam negeri lain untuk perubahan," katanya.

Muhammad Hilman menewaskan penyandang Dun Gombak Setia dari Pas, Hasbullah Ridzwan dan BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dengan majoriti 12,399 undi.

Terdahulu, Muhammad Hilman yang berusia 29 tahun merupakan lulusan Ijazah Sains Politik dari UKM dan berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak 2013.

Muhammad Hilman IdhamPakatan Harapan Gombak
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :