Muhammad Hilman Idham

Hilman Idham* lahir pada 2 Februari 1989 di Klang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang (1996 – 2001) dan kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor (2002 – 2006). 

 

Pegawai Khas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa. Dalam PRU13, Hilman terlibat aktif untuk memastikan Azmin dipilih kembali sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa.

Berikutan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor pada 23 September 2014 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor, Hilman telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sebagai Pegawai Khas, Hilman berperanan secara langsung dalam merencana dasar dan kebijakan Negeri Selangor termasuk gagasan Smart Selangor dan wawasan Membangun Bangsa dan Memakmur Negeri yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P98 Gombak N17 Gombak Setia

Pada tahun 2008, Hilman melanjutkan pengajian asasi undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam sebelum meneruskan pengajian selama 3 tahun dalam bidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sejak zaman mahasiswa, Hilman telah mulai aktif dalam bidang aktivisme mahasiswa dan aktivisme sosial. Sebagai Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan pemimpin dalam kumpulan Pro-Mahasiswa, Hilman merupakan seorang mahasiswa yang lantang beraksi dan sering menyertai forum serta wacana awam seputar soal-soal politik dan kemaslahatan masyarakat.

Hilman juga adalah salah seorang dalam kumpulan pertama Alumni Konrad Adenauer School for Young Politician (KASYP), sebuah program pendidikan politik yang dilaksanakan oleh Konrad Adenauer Foundation melibatkan peserta dari negara-negara rantau Asia.

Memimpin kumpulan yang digelar ‘UKM4’, Hilman adalah salah seorang daripada 4 mahasiswa yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah, yang menjadi landmark case dalam sistem perundangan Malaysia. Kejayaan Hilman dan rakan-rakannya telah memaksa Kerajaan Malaysia untuk akhirnya meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) di Parlimen Malaysia untuk memulangkan kebebasan berpolitik kepada mahasiswa.

Minat yang mendalam dalam politik telah mendorong Hilman untuk turut menimba pengalaman selama setahun di Indonesia bersama Partai Demokrat dan Partai Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA).