TPM mengundi di Sungai Nipah Darat

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Madrasah Manbail Ulum di Kampung Sungai Nipah Darat di sini bagi mengundi di pentas PRU14.

Ahmad Zahid yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk memakai baju kemeja merah putih tiba pada kira-kira jam 8 pagi diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak sulungnya, Nurulhidayah, 39.

Turut mengiringi Ahmad Zahid calon BN Dun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang mana sebelum itu mereka berarak dari rumah Ahmad Zahid kira-kira 50 meter dari pusat mengundi.

Sebaik selesai mengundi kira-kira lima minit kemudian, Ahmad Zahid dilihat turut bersalaman dengan masyarakat setempat yang sedang berbaris untuk mengundi.

Pada PRU-14 ini , Ahmad Zahid yang menyandang kerusi Parlimen tersebut sejak 1995 dicabar calon Harapan, Pakhrurrazi Ar­shad dan calon Pas, Datuk Ata Abdul Muneim Hasan Adli.

Dr Ahmad Zahid HamidiBagan Datuk
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :