TPM beri ucapan khas

BAGAN DATUK - Orang ramai mula membanjiri tapak Teedo Resort berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Menengah Sains Bagan Dato’ (Sabda) sejak jam 7 pagi bagi menunggu kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk tiba pada jam 7.45 pagi bersama dua lagi calon BN bagi Dun Hutan Melintang Datuk Khairudin Tarmizi dan Dun Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Lebih 5,000 peyokong hadir bagi mendengar ucapan khas Ahmad Zahid sebelum bergerak ke Dewan Gemilang Sabda bagi proses penamaan calon sekitar jam 9 pagi.

Ahmad Zahid HamidiKhairudin TarmiziShahrul Zaman YahyaBagan Datuk Hutan Melintang Rungkup
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :