PRU14: Jangan buat kecoh

KUALA TERENGGANU - Polis kenal pasti beberapa individu yang berkemungkinan akan mencetuskan kekecohan di negeri ini di saat-saat akhir pada PRU 14.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, polis bekerjasama dengan Jabatan Cawangan Khas bagi memantau individu terbabit agar tidak melakukan perkara tersebut.

"Kita dapati jika di negeri ini, individu terlibat hanya 'bergerak' secara solo, bukan berkumpulan dan mereka ini tidak terlalu agresif bertindak.

"Bagaimanapun, pemantauan secara berterusan dilakukan kerana individu ini boleh melancarkan 'serangan mengejut pada saat-saat akhir' untuk mengganggu perjalanan PRU14 nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, polis juga sudah mengenalpasti beberapa kawasan panas di negeri ini yang dijangka boleh berlaku sebarang kemungkinan tidak diingini.

"Buat masa sekarang, kita terpaksa merahsiakan dahulu kawasan panas yang sudah dikenalpasti demi menjaga semua pihak.

"Pemantauan yang lebih akan dilakukan di lokasi tersebut berbanding lokasi lain kerana risiko keselamatannya lebih tinggi," katanya.

Kuala TerengganuTerengganu
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :