KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 (PRN13), kata Naib Presiden, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Bercakap pada sidang media di Parlimen di sini pada Rabu, Wan Saiful berkata, parti berkenaan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa parti politik bagi menyatakan sokongan kepada mereka.
Semalam, PKR Sarawak mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding pada PRN13 sebagai tanda menghormati semangat kerjasama dan muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.
Sebelum ini, Parti Amanah Negara, Pas dan Barisan Nasional turut mengumumkan tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.
Setakat ini, GPS telah mengumumkan kesemua 82 calonnya, diikuti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dengan 26 calon, DAP (12) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan dua calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN13 pada Sabtu ini, pengundian awal pada 8 Disember manakala hari pengundian pada 12 Disember.- Bernama