PAU 2026 terakhir sebelum PRU16 - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang menutup tirainya pada Sabtu adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid sebelum menutup penggulungan ucapan dasar presiden sebentar tadi.

“Saya ingin ucapkan terima kasih dan kepada semua selamat pulang.

“Insya-ALLAH Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-16,” katanya.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Jumaat mengulangi gesaan supaya PRU16 disegerakan sebelum tempoh Parlimen Penggal Ke-15 tamat tahun depan.

Tegasnya, mandat perlu dipulangkan kepada rakyat dan parti diterajuinya bersedia berdepan lawan politik di medan pilihan raya.