'Kami okay sahaja bersahabat' - Akmal Saleh ulas kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi mengenai kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah, berlandaskan hubungan persahabatan.

Muhamad Akmal berkata, hubungan persahabatan tidak seharusnya dibina atas dasar politik semata-mata.

"Sebaliknya, penyatuan perlu dilakukan juga dari luar konteks politik. Orang lain boleh cakap macam- macam,tapi kami okay sahaja bersahabat," ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam masa sama, Muhamad Akmal turut berkongsi hantaran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memaparkan gambar rombongan tersebut.

Muhamad Akmal juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Pas Negeri Kedah kerana menjamu mereka.

"Terima kasih sudi jamu makan tengah hari, alang-alang sudah sampai di bumi Kedah hari ini.

"Insya-ALLAH, kita jaga persahabatan ini hingga ke syurga," ujarnya.