SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 akan membolehkan kesinambungan usaha pembangunan diteruskan demi manfaat rakyat.
Beliau berkata, keserasian antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan telah membolehkan banyak pembangunan dilaksana namun menegaskan masih banyak yang perlu diteruskan.
"Alhamdulillah, saudara (Menteri Besar) Datuk Seri Aminuddin Harun, atau Tok Min, telah memimpin Negeri Sembilan sejak 2018 dengan amanah, sederhana dan berintegriti.
"Dengan penuh rasa rendah diri, saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan kepada HARAPAN di bawah pimpinan Tok Min. Jangan biarkan usaha yang telah kita bina bersama ini terhenti di pertengahan jalan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersama tidak sertai PRN Negeri Sembilan, beri tumpuan kepada Melaka
Sokongan Melayu merosot di Johor, PH rombak strategi hadapi PRN Negeri Sembilan - Amirudin
'Formula Johor' boleh jadi resipi BN
'Linggi bukan kerusi selamat, itu kubu kuat BN' - Aminuddin
Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, menerusi mandat yang diberikan, ia akan memastikan Negeri Sembilan terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan bekerja untuk rakyat.
"Insya-ALLAH, Harapan akan terus memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur dan sejahtera,” kata beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH
Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM
PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan Sabtu ini diikuti undi awal pada 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos. - Bernama