Mansuh BUDI95: Sheikh Umar dakwa Onn Hafiz tidak faham mekanisme pelaksanaan

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak memahami mekanisme pelaksanaan inisiatif BUDI95 apabila mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan kuota bulanan skim berkenaan atas alasan membebankan rakyat.

Sheikh Umar berkata pelaksanaan BUDI95 pada September 2025 dibuat selepas Kerajaan Madani meneliti pelbagai pilihan berkaitan subsidi bahan api, termasuk cadangan daripada pakar ekonomi dan Bank Dunia supaya subsidi diapungkan mengikut harga pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Bagaiamanpun katanya, kerajaan memilih pendekatan subsidi bersasar bagi memastikan golongan yang memerlukan terus menerima perlindungan.

"Apabila krisis Asia Barat menyebabkan harga minyak dunia meningkat dan rantaian bekalan global terganggu, rakyat Malaysia tidak menanggung sepenuhnya kenaikan tersebut.

"Jika tiada mekanisme seperti BUDI95, rakyat pasti berdepan kenaikan harga petrol yang jauh lebih tinggi. Inilah hakikat yang perlu dijelaskan kepada rakyat, bukannya disembunyikan demi meraih laba politik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sheikh Umar turut mempersoalkan kritikan Onn Hafiz terhadap dasar Kerajaan Madani memandangkan UMNO mempunyai tujuh wakil sebagai menteri dalam Kabinet Persekutuan.

"Adakah Onn anggap menteri-menteri UMNO itu semuanya tidak tahu? Antaranya ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Jika benar ada kelemahan dalam pelaksanaan, perkara itu boleh dibincangkan dalam kerajaan dan bukannya dijadikan bahan serangan terbuka seolah-olah mereka sendiri bukan sebahagian daripada kerajaan.

"Tapi saya diberitahu Onn Hafiz kerap tidak hadir mesyuarat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mungkin itu sebab beliau kurang jelas banyak perkara,” katanya.

Pada masa sama Sheikh Umar berkata, Kerajaan Madani tidak pernah mendakwa semua dasar yang dilaksanakan adalah sempurna, sebaliknya sentiasa terbuka menerima pandangan rakyat serta melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

"Matlamatnya tetap sama iaitu memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak, membanteras ketirisan dan melindungi kebajikan rakyat ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi.

"Apa yang pelik, apabila penyasaran subsidi diesel bermula pada tahun 2024 dan mekanisme BUDI95 diperkenalkan pada tahun 2025, suara bantahan Onn seperti ini tidak pula kedengaran.

"Johor memerlukan kepimpinan yang menawarkan penyelesaian, bukannya sekadar mengulangi retorik yang biasa dimainkan cybertrooper,"ujarnya.