TANGKAK – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa sokongan pengundi Cina terhadap gabungan itu menunjukkan peningkatan ketara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, sekali gus memberi keyakinan bahawa calon MCA dan MIC berpeluang mencipta kemenangan.
Beliau berkata, dapatan itu berdasarkan kajian yang dilakukan BN mengikut sambutan pengundi di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan saluran.
"Kami telah membuat kajian mengikut sambutan pengundi-pengundi di PDM dan di saluran.
"Kami amat sukacita kerana gelombang sokongan daripada pengundi-pengundi Cina kepada calon-calon BN itu bertambah.
"Kita memang meletakkan calon-calon ‘underdog’ di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina, namun mereka melihat wakil rakyat terdahulu tidak memperlihatkan prestasi yang baik berbanding harapan yang diletakkan kepada mereka.
"Jadi mereka memberitahu saya, inilah masanya kepercayaan diberikan kepada calon-calon bukan UMNO iaitu calon MCA dan MIC untuk turut diberi peluang di 19 kawasan yang telah dikenal pasti," katanya ditemui pada program ramah mesra bersama pengundi Cina di sebuah medan selera di sini pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM
Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan
'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'
PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?
PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin
PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin
Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu
Ahmad Zahid berkata, BN mempertaruhkan 37 calon UMNO, 15 calon MCA dan empat calon MIC pada PRN Johor kali ini.
"Terdapat 19 calon bukan Melayu yang kita ketengahkan dan ia memberikan optik yang sangat baik kepada pengundi-pengundi Cina terhadap BN.
"Saya harap momentum sokongan ini berkekalan sehingga hari pengundian pada 11 Julai nanti," katanya.