Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

SEREMBAN - Setiausaha DAP, Anthony Loke Siew Fook mengingatkan ahli perniagaan, Albert Tei supaya menukar alamat dalam kad pengenalannya terlebih dahulu sekiranya mahu bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak menawarkan diri sebagai calon, tetapi perlulah mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

"Kita negara demokrasi. Siapa-siapa nak jadi calon, silakanlah. Itu hak masing-masing.

"Cuma saya nak ingatkan, tukar alamat dulu. Kalau bukan alamat di Negeri Sembilan, dia tak boleh bertanding," katanya ditemui pemberita selepas majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen(B2) Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

 Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

Menurut Menteri Pengangkutan berkenaan, beliau tidak kisah sesiapa pun yang mahu bertanding di situ kerana tumpuannya adalah untuk terus menjalankan tanggungjawabnya kepada pengundi di DUN terbabit dengan lebih baik.

"Saya punya fokus ialah kepada kerja saya, kepada rakyat dan pengundi Chennah yang telah saya wakili selama tiga penggal. Jadi siapa-siapa nak bertanding, silakanlah," katanya.

Anthony mula bertanding di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128 undi, sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Sebelum bertanding di DUN Chennah, Anthony merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan suasana kempen PRN Johor, beliau berkata, setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan insiden tidak diingini.