SHAH ALAM - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shah Alam, Mohd Najwan Halimi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti itu.
Beliau yang juga Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik berkata, komitmennya adalah untuk membantu membina dan memperkukuh parti.
“Dengan penuh hormat, saya tawarkan diri selaku calon jawatan Ahli MPP PKR. Maaf, saya tidak berapa pandai hendak menulis panjang-panjang seperti calon lain.
“Komitmen saya adalah untuk membantu membina dan memperkukuh parti. Mohon sokongan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Untuk rekod, pemilihan untuk Ahli MPP bagi merebut 20 jawatan yang dipertandingkan, tidak termasuk masing-masing satu untuk Presiden dan Timbalan Presiden serta empat jawatan bagi Naib Presiden.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, seramai 104 pencalonan diterima untuk bertanding bagi jawatan MPP kali ini.
SEO Keywords: Mohd Najwan Halimi, PKR, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Pemilihan PKR, Exco Belia Sukan dan Keusahawanan Selangor, ADUN Kota Anggerik, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Parti Keadilan Rakyat
SEO Descriptions: Ketua Cabang PKR Shah Alam, Mohd Najwan Halimi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan parti. 1 Seramai 104 calon bertanding merebut 20 jawatan MPP.