Asharun, Nik Anuar curi tumpuan Pemilihan PKR Cabang Kelantan

KOTA BHARU – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang di Kelantan berakhir secara rasmi pada Jumaat, menyaksikan beberapa keputusan menarik perhatian umum.

Antaranya ialah Cabang Machang yang menyaksikan Nik Mohamad Anuar Badiruddeen muncul pemenang dalam pertandingan enam penjuru, meraih 257 undi, menewaskan lima calon lain Mohd noor mat yunus (196); Akmal Ahmad Tabarani (113); Azam Hafizi Mustapaha (148);

Mohd Farid Mustapha (54) dan Kauli Seman 54.

Sebanyak 823 kertas undi dikeluarkan daripada 946 pengundi berdaftar.

Di Cabang Gua Musang pula, Asharun Uji mencatat kemenangan bergaya dengan 1,144 undi, menewaskan tiga pencabar lain, Zulqarnain Zakariah (437), Ahmad Ridhuan Mat Hussin (377) dan Nurul Ain Zainudin (3).

Cabang ini mencatatkan jumlah pengundi keluar mengundi tertinggi, iaitu 1,965 daripada 2,337 layak.

Selain itu, Ketua Cabang Ketereh dimenangi oleh Sukri Hussin dengan jumlah undi sebanyak 566 mengalahkan Rahimi L Muhamud (318) dan Ismail Ab Kadir (3) dengan 889 kertas undi dikeluarkan manakala yang layak mengundi ialah 1,048

Dalam pada itu, pemilihan kali ini turut menyaksikan pertanding empat penjuru di Kubang Kerian, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Ketua Cabang Kubang Kerian dimenangi, Rahim Hasan, Abu Hamid Muhammad Abu Samah (Cabang Kota Bharu), Mohd Izhan Ramli (Cabang Pasir Mas) manakala Ahmad Nazri Mohd Zain (Ketua Cabang Bachok).