Zulhasnan bertarung dengan Nik Nazmi dan Ustaz Ubaid

TITIWANGSA - Tan Sri Zulhasnan Raffique yang kembali bertanding di Parlimen Setiawangsa akan menghadapi tentangan daripada PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pas Tuan Haji Ustaz Ubaid Abdul Akla sekali gus menyaksikan perlawanan tiga penjuru pada PRU14 ini.

Pada PRU12 lalu, Zulhasnan bertanding di kawasan yang sama dan menang manakala pada PRU13 beliau tidak mempertahan kerusinya

Proses penerimaan kertas penamaan calon telah ditutup pada tepat jam 10 pagi oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihanraya P118 Setiawangsa, Mohd Sori Hussin.

Terdahulu calon-calon hadir dan berarak bersama penyokong masing-masing di antara jam 8.30 hingga 8.40 pagi.

Proses penamaan calon bagi kawasan Parlimen Setiawangsa P118 berjalan lancar dalam suasana tenang yang diadakan di Stadium Titiwangsa.

Nik Nazmi Nik AhmadUbaid Abdul AklaZulhasnan RaffiqueTitiwangsa
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :