Nik Nazmi Nik Ahmad

Bekas murid Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa. 

Beliau juga bekas ADUN Seri Setia, adalah ahli PKR dan pernah melanjutkan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. 

Di peringkat sekolah, beliau sangat aktif dalam perbahasan Bahasa Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999. 

Beliau sebahagian daripada pasukan pembahas yang memenangi Piala Datuk Shukor Abdullah dan Piala Perdana Menteri sekali gus pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998.

Selepas itu beliau menerima tajaan Permodalan Nasional Berhad untuk ke Kolej Yayasan UEM di mana beliau dipilih menjadi Presiden Majlis Pelajar.

Pada tahun 2002, Nik Nazmi melanjutkan pengajiannya ke King’s College London dalam bidang undang-undang. Beliau aktif dalam pelbagai persatuan mahasiswa termasuk United Kingdom and Eire Executive Council for Malaysian Students (UKEC), King’s College London Labour Students dan Federation of Students Islamic Societies UK and Eire (FOSIS). Beliau menjadi fasilitator Projek Kalsom, sebuah projek melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia di luar bandar pada 2004. Beliau turut dipilih menjadi perwakilan King’s College ke National Union of Students (NUS) Conference 2005.

Selepas tamat belajar, beliau pulang ke Malaysia untuk bekerja bersama penajanya PNB. Lebih kurang setahun kemudian, beliau menyertai pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit dari Jun 2006 hingga Mac 2008 dan membayar semula tajaan PNB.

Dalam bidang kerjaya, beliau pernah bertugas sebagai Eksekutif Perundangan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari Ogos 2005-Jun 2006 dan Pengarah Eksekutif, Open Dialogue Centre, Kuala Lumpur.

Beliau juga menjadi penulis diari merah Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Azmin Ali.

Meminati dalam bidang penulisan, beliau terkenal menerusi blognya iaitu Suaraanum.com. Artikel beliau memberi kelainan tersendiri dan dihargai ramai.

Nik Nazmi banyak menulis dan tulisannya terbit di dalam Malay Mail, the Star, Malaysiakini dan Suara Keadilan. Beliau juga mempunyai kolum di Sinar Harian (Bahasa Melayu), the Edge (Inggeris) dan Sin Chew Daily (Mandarin). Beliau juga telah menulis beberapa buah buku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Seorang peminat bola sepak, beliau menyokong pasukan Malaysia serta Kelantan dan Selangor. Selainnya, beliau merupakan penyokong tegar Liverpool dan pernah bekerja sebagai ‘match steward’ di Stamford Bridge ketika belajar di London. Beliau merupakan pengasas dan penaung Setiawangsa Rangers FC.

Menyentuh soal politik, Nik Azmi pernah menjadi Ketua Angkatan Muda PKR tahun 2014 hingga 2018.

Beliau merupakan salah seorang daripada AJK Angkatan Muda PKR Pusat, Exco & Timbalan Ketua Biro Penggemblengan Belia, Wanita & NGO, 2007.

Nik Nazmi dilantik Setiausaha Politik kepada  Menteri Besar Selangor pada Mac 2008 dan meletak jawatan pada Jun 2010. 

Beliau dilantik sebagai Pengarah Komunikasi PKR pada Ogos 2010 sehingga September 2013, dan kemudiannya digantikan oleh Nurul Izzah Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Nik Nazmi Nik Ahmad daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 34,471 undian ketika menentang Zulhasnan Rafique daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 20,099 undi. Majoriti undi sebanyak 14,372.


ARTIKEL BERKAITAN:
Nik Nazmi selamat bernikah gadis pilihan


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Setiawangsa (2018-kini)
  • ADUN Seri Setia (2008-2018)
  • EXCO Kerajaan Negeri Selangor (2014 - 2018)
  • Setiausaha Politik kepada  Menteri Besar Selangor (Mac 2008-Jun 2010)
  • Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (Jun 2006-Mac 2008)
  • Eksekutif Perundangan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) (Ogos 2005-Jun 2006)
  • Pengarah Eksekutif, Open Dialogue Centre, Kuala Lumpur

Jawatan dalam politik:

  • Ketua Angkatan Muda PKR (2014-2018)
  • Bekas Naib Presiden PKR
  • Ketua Pemuda Pakatan Harapan 
  • Pengarah Komunikasi PKR (2010-2013)
  • AJK Angkatan Muda PKR Pusat

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Timbalan Ketua Biro Penggemblengan Belia, Wanita & NGO (2007)
  • Naib Pengerusi Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London (2003)
  • Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin (2003)
     
Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Bidang perundangan King’s College, University of London
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya
     

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P118 Setiawangsa

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU12- P104 Kelana Jaya N32 Seri Setia
  • PRU13- P104 Kelana Jaya N32 Seri Setia

Video Berkaitan Nik Nazmi Nik Ahmad