6 PDM penentu kemenangan PH atau PN

KUALA KUBU BAHARU - Berbaki kurang 48 jam sebelum 39,362 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuang undi, tumpuan kini terarah kepada parti mana yang akan memenangi kerusi tersebut.

Berdasarkan analisis dan tinjauan lapangan yang dilakukan Sinar Premium, Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dijangka lebih sengit berbanding pertembungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.

**media[2644635]**

Dengan kempen PRK DUN KKB berbaki dua hari sahaja lagi, segala kemungkinan masih boleh berlaku.

Berdasarkan tinjauan di keseluruhan 16 kawasan pusat daerah mengundi (PDM) di DUN KKB, enam PDM dikenal pasti sebagai kawasan ‘kelabu’ yang sukar ditentukan kemenangan sama ada berpihak kepada PN atau Kerajaan Perpaduan.

**media[2644634]**

Enam kawasan PDM itu ialah Ladang Nigel Gardener, Bandar Baru Kuala Kubu Baharu, Kampung Air Jernih, Kerling, Jalan Kuala Kali dan Batu 30 Hulu Yam yang mana kesemuanya merupakan kawasan campuran.

Untuk kawasan ‘putih’ yang dijangka kekal dikuasai calon PH kerana mempunyai majoriti pengundi Cina dan campuran, sejumlah tujuh PDM dikenal pasti.

Kawasan PDM berkenaan ialah Kampung Baharu Kerling, Kampung Baharu Kuala Kubu Baharu, Lembah Beringin, Kampung Baharu Rasa, Pekan Rasa, Kampung Baharu Batang Kali dan Hulu Yam Lama.

Sementara itu, bagi kawasan ‘hitam’ yang dikuasai PN pada PRN Selangor tahun itu, sejumlah tiga PDM disenaraikan iaitu Ampang Pecah, Pertak dan Bandar Utama Batang Kali.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengunjurkan persaingan PRK kali ini sangat sengit dengan undi tiga kawasan PDM bakal menjadi indikator kemenangan parti bertanding.

**media[2644527]**

Jelasnya, mana-mana calon di antara PN dan PH berpeluang memenangi PRK ini sekiranya mereka mampu menawan kawasan PDM Bandar Utama Batang Kali (Ligamas) yang terdiri majoriti pengundi Melayu, PDM Ampang Pecah dan PDM Kerling yang masing-masing merupakan kawasan campuran.

“Setakat ini, peluang calon PN dan PH masih lagi 50-50,” ujar bekas timbalan menteri dari DAP itu.

BACA ANALISIS PENUH SEMPENA PRK KUALA KUBU BAHARU: PRK KKB lebih sengit berbanding PRN