KUALA KRAU - Pesara kerajaan perlu menyokong kerajaan dan mengundi BN pada piihanraya ini bagi membolehkan lebih banyak pembelaan dilakukan untuk mereka.
Pengerusi BN Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, pemerintah pembangkang akan melenyapkan keistimewaan yang diberikan kerajaan.
Menurutnya, kerajaan BN akan terus membela pesara dan tidak akan membiarkan golongan itu hidup susah.
“Kerajaan BN yang ditunjangi Umno pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan kerajaan zalim atau tidak mengenang budi, seperti kata pepatah kacang lupakan kuit, sebaliknya sentiasa menjaga kebajikan pesara sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersama kira-kira 500 pesara Dun Kerdau di Dewan Datuk Zaharuddin Kassim di Simpang Peragap Kerdau, kelmarin.
Hadir sama, Timbalan Ketua Uomno Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Ismail menegaskan pentingnya kerajaan sedia ada (BN) ialah perlu menang pilihan
Mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menggesa pesara supaya terus memberikan sumbangan dan khidmat kerana pengalaman yang ada pada mereka itu perlu bagi membangunkan negara.
“Sumbangan orang lama menjadikan negara dan negeri ini maju hingga boleh dinikmati rakyat masa kini. Sebab itu kerajaan amat menitikberatkan kebajikan pesara sebagai membalas jasa bekas kakitangan kerajaan ini.
“Tetapi, jika pembangkang memerintah bukan sahaja akan mengurangkan lagi penjawat awam, malah nasib pesara belum menentu dan mungkin segala keistimewaan dan kemudahan seperti rawatan dan hospital percuma, bantuan kebajikan dan sebagainya akan dimansuhkan.
Selain itu, calon Ahli Parlimen Kuala Krau itu berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan jauh lebih baik dan rendah berbanding dengan negara lain .
Menurutnya, ada sesetengah negara mengenakan cukai GST sehingga 18 peratus dan lebih, malah Arab Saudi yang kaya dengan hasil minyak pun mula memperkenalkan cukai GST sejak kejatuhan harga minyak di pasaran dunia.
“Kita masih bernasib baik, GST yang dikenakan itu dapat dipulangkan semula kepada rakyat melalui pembangunan yang dilaksanakan. Jika tiada GST sukar untuk melaksanakan pembangunan oleh kerana pendapatan utama kita melaluai hasil minyak sudah merosot berikutan kejatuhan harga minyak di pasaran global,”tambahnya.
Beliau berkata, janji pembangkang kononnya untuk menghapuskan cukai GST, kadar bayaran tol hanyalah untuk memancing undi sedangkan jika dihapuskan cukai dan tol, negara akan kehilangan besar pendapatan.
“Janji pembangkang itu hanyalah gula-gula untuk meraih sokongan dan undi bagi merampas Putrajaya, sedangkan mereka tahu mustahil untuk melaksananya,” tegas Ismail.