'Kalah atau menang, saya tetap akan beri khidmat'

PEKAN - Calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, mahu terus memberi khidmat kepada masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini walaupun kemenangan tidak memihak kepadanya.

Menurutnya, niat asal adalah untuk membantu masyarakat di Chini dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu adalah satu platfrom mendekati rakyat jika dipilih menjadi pemimpin mereka.

"Kalau rezeki tidak berpihak kepada saya... saya tetap akan beri khidmat kepada masyarakat Chini. Sebelum ini pun saya sudah berikan khidmat kepada mereka.

"Tapi kalau saya menang, suara-suara mereka (masyarakat) di Chini akan saya angkat dan perjuangkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Mambang hari ini.

Tengku Zainul Hisham berkata, walaupun beliau bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), karier sebagai pemimpin politik akan tetap diteruskan.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding sekiranya ada Pilihan Raya Umum Ke-15, Tengku Zainul Hisham berkata, kemungkinan beliau akan bertanding atas tiket calon Bebas.

Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin

Berita Popular

Video Popular