Bekas komander taruhan Bersatu di Pangkor

LUMUT - Bersatu mempertaruhkan pesara tentera sebagai calon di Dun Pangkor yang ditandingi Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengumuman Komander (B) Nordin Ahmad Ismail, 52,  sebagai calon dibuat sempena majlis bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, hari ini.

Nordin ketika ditemui berkata, sokongan kuat bekas tentera yang ada di kawasan itu kepada parti pembangkang menjadi antara faktor utama pemilihan beliau bertanding.

“Saya cukup yakin dengan sokongan ini, selepas pemilihan dibuat, sudah nampak ada kecenderungan mereka (pesara tentera) kepada kita (pembangkang).

“Banyak kebajikan bekas veteran diabaikan, dalam persatuan terutamanya hinggakan bangunan untuk aktiviti perlu bayar guna wang sendiri,” katanya yang bersara pada 2011.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Lumut mengakui, tidak gentar berhadapan dengan nama besar seperti Zambry yang juga penyandang kerusi Dun berkenaan.

“Saya suka ambil cabaran itu dan yakin dengan kepimpinan Bersatu di bawah Tun M,” katanya.

Pada PRU13, Zambry menang di Dun Pangkor dengan memperoleh majoriti 5,124 undi menewaskan calon PKR, Mohd Saifullah Zulkifli serta calon Bebas, J Bernard Parenpa.

Nordin AhmadLumut Bersatu
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular