Kecoh Kit Siang 'langgar' kawasan 50 meter

CAMERON HIGHLANDS - Suasana pengundian di SKJ (C) Brinchang kecoh seketika apabila berlaku sedikit provokasi.

Ia bermula apabila veteran DAP, Lim Kit Siang memasuki kawasan 50 meter dari tempat pengundian itu.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan penyokong PH yang membawa bendera parti.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang penyokong BN yang berada di situ dan menggesa Kit Siang meninggalkan tempat tersebut.

“Tidak boleh dekat 50 meter, kamu yang buat undang-undang, kamu sendiri langgar.

“Kalau kita buat kamu bising, kamu buat boleh,” kata penyokong pembangkang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang berada di situ berkata, Kit Siang perlu menghormati  undang-undang.

“Kerajaan ke pembangkang ini? Kerajaan kena ikut undang-undang tidak boleh macam ini,” katanya.

Bagaimanapun, kekecohan selama 10 minit itu dileraikan pihak berkuasa.

Kit Siang dan penyokongnya kemudian beredar dari tempat kejadian tanpa mengulas lanjut.

PRK Cameron Highlands DAP
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :