bersatu tetap guna logo pkr elak kekeliruan

PETALING JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetap dengan pendirian mereka untuk menggunakan logo dan simbol PKR dalam pilihan raya kali ini walaupun mahkamah memutuskan penggantungan parti itu tidak sah.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun Bersatu bukan lagi sebuah parti ‘tidak halal’ dalam Pakatan Harapan (Harapan), namun pendirian tersebut kekal bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengundi.

“Tiada sekatan untuk Peribumi pamerkan gambar, tiada lagi larangan pakai baju logo sendiri, semua itu telah dipersetujui sebagai sebahagaian daripada tata etika pilihan raya tidak lagi terkena ke PPBM.

“Namun kita tidak akan tukar pendirian atau rancangan untuk guna hanya satu simbol iaitu simbol PKR  oleh hampir 600 calon Harapan di peringkat Parlimen dan DUN,” katanya pada sidang media selepas Taklimat Calon-Calon Harapan di Dewan Sivik MBPJ, di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membubarkan sementara pendaftaran parti tersebut hingga permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan diputuskan.

Awal bulan ini, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 kerana gagal mengemukakan maklumat dan juga dokumen yang diminta jabatan itu.

Mahathir MohamadBersatuPKRPakatan Harapan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :