Fatimah menteri wanita pertama Malaysia

TRIVIA - Tun Fatimah Hashim merupakan menteri wanita pertama dilantik Menteri Kabinet Malaysia dan menjawat jawatan Menteri Kebajikan Am Malaysia dari 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973.

Fatimah memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun.

Beliau menang parlimen Jitra-Padang Terap  dalam Pilihan Raya Umum 1959 dan mengulangi kemenangan di kawasan tersebut dalam dua lagi Pilihan Raya berikutnya.

Pada tahun 1962, sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) bersama-sama beberapa orang pemimpin wanita lain, beliau memulakan perayaan Hari Wanita pada 25 Ogos, satu perayaan yang masih disambut sehingga hari ini.

Beliau juga merupakan wanita pertama negara menerima Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) pada 31 Ogos 1958. Beliau meninggal dunia pada 2010 sewaktu berusia 86 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :