Pilihan raya pertama sebelum dan selepas Merdeka

TRIVIA - Satu-satunya pilihan raya sebelum negara merdeka pada 1957 ialah Pilihan Raya Umum (PRU) Persekutuan Tanah Melayu yang diadakan pada 27 Julai 1955.

Dalam PRU ini, daripada 52 kawasan persekutuan, parti Perikatan memenangi 51 kerusi manakala satu kerusi dimenangi Parti Islam Se-Tanah Melayu (Pas).

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 pula merupakan pilihan raya umum pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Ia diadakan pada 19 Ogos 1959 dan ia juga merupakan pilihan raya umum  kedua di Semenanjung Malaysia.

Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA); dan Kongres India Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi.

Parti Islam Se-Malaya (PMIP) menang 13 kerusi, Parti Progresif Penduduk (PPP) menang 4 kerusi,