salah letak calon: halimah jawab yahya

PETALING JAYA - Kegagalan menjadi wakil rakyat untuk Dun Selat Klang pada PRU14 tidak menjadi masalah untuk calon Pas PRK Dun Seri Setia, Dr. Halimah Ali, meraih sokongan untuk merampas kerusi berkenaan.

Halimah berkata, beliau melihat kekalahan pada PRU14 adalah disebabkan berlakunya persempadanan semula yang menjejaskan undi namun yakin dengan pengalaman mandat sebagai wakil rakyat selama dua penggal sebelum ini dapat membantu memberi keyakinan kepada pengundi di Dun Seri Setia.

"Saya menang dua penggal, saya kalah 500 undi mungkin kita lihat apa yang berlaku di Selangor, kurang sikitlah di Selat Kelang. Ini disebabkan persempadanan semula yang begitu pelik yang berlaku melibatkan Selat Klang, kawasan DAP, dua tempat mengundi dimasukkan dalam Selat Klang, jadi saya tidak sempat pun mahu dampingi mereka sebab selama ini mereka bawah Adun lain.

[ARTIKEL BERKAITAN: Strategi Pas ibarat kelapa muda]

"Begitu juga Bandar Sultan Sulaiman bawah Dun Sementa yang dimasukkan ke Selat Klang.. yang dikeluarkan di tempat saya juga banyak walaupun ramai Cina India, dan mereka itu adalah penyokong dan pengundi saya.

 "Satu kerusi Pas menang, kerusi lain kita tidak menang dan antara kerusi yang tidak menang, yang terbaik adalah di Selat Klang. Jadi itu agaknya kenapa Pas letak saya sebagai calon," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Operasi PRK PH Dun Seri Setia, Yahya Sahri yang mengecam strategi Pas meletakkan Halimah sebagai calon.

Yahya berkata, Halimah dilihat belum cukup untuk memberi keyakinan kepada pengundi di Seri Setia dan menyifatkan pengalaman dan pengaruh Halimah dalam PRK kali ini akan dipersoal setelah gagal memenangi kerusi Dun Selat Klang pada PRU14 yang lalu.

“Meletakkan Halimah adalah satu keputusan yang silap sebab dia di Selat Klang pun kalah (pada PRU14). Maksudnya jika dia betul-betul berpengalaman dan berpengaruh, dia tidak akan kalah di tempat sendiri," katanya.

Halimah AliPetaling Jaya PRK Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular