Pas tak halang Najib turun kempen Seri Setia

PETALING JAYA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghalang sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen di PRK Dun Seri Setia.

Menurutnya, Pas tidak menutup pintu kepada sesiapa dan terpulang kepada pandangan masing-masing sama ada perlu datang atau tidak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media berhubung pendirian parti tersebut sekiranya Najib ikut sama berkempen di Dun Seri Setia.

“Kita tak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” katanya dalam sidang media selepas pengisytiharan calon PRK Dun Seri Setia.

Najib sebelum ini menyatakan beliau tidak akan lagi turun berkempen untuk BN dalam siri kempen di PRK Dun Balakong dan Seri Setia kerana ingin berehat.

“Tak perlu, saya nak berehat,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu seakan memberi bayangan berkemungkinan mengarahkan ahli Pas mengundi MCA di Dun Balakong nanti.

Ketika ditanya soalan tersebut, Abdul Hadi hanya mengangguk dan menjawab ringkas.

“InsyaALLAH, kerana kita sama-sama semangat pembangkang,” ujarnya.

Halimah AliPRK Seri Setia
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :