Rompin kekal bersih milik BN

KUALA ROMPIN - BN sapu bersih semua kerusi di Parlimen Rompin sekali gus kekal sebagai kubu kuat parti itu.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin, Datuk Mohd Zulkifli Hashim di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sekitar jam 11.45 malam tadi.

Bagi kerusi P091 Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin kekal sebagai penyandang dengan jumlah undi 16,510 dengan majoriti 7,939 undi.

Calon PKR, Sitarunisah Ab Kadir memperoleh 4,577 undi manakala calon Pas M Shahrul Nizam Abd Haliff memperoleh 8,571 undi.

Calon muka baharu BN di N40 Bukit Ibam, Datin Shamsiah Arshad menang dengan jumlah undi sebanyak 8,581 manakala calon PKR, Zulkurnain Muhamad Ridzuan memperoleh 1,953 dan calon Pas, Nazri Ahmad memperoleh 5,850.

Tidak ketinggalan, calon muka baharu BN di N41 Dun Muadzam Shah, Razali Kassim turut mencatat kemenangan dengan memperoleh 9,081 undi manakala calon Pas, Ramli Awang Ahmat memperoleh 4,241 diikuti calon PKR, Osman Abu Bakar memperoleh 2,781.

Pertembungan empat penjuru di N42 Dun Tioman turut memihak kepada calon BN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang meraih undi sebanyak 6,662.

Calon Pas, Md Yunus Ramli yang memberi saingan sengit mendapat 5,382 undi, calon PKR, Ahmad Sazili Mohd Nor mendapat 3,029 undi manakala calon bebas, Mohd Zolfakar Taib hanya memperoleh 58 undi.

Hasan ArifinSitarunisah Ab KadirM Shahrul Nizam Abd HaliffRazali KassimMohd Johari HussainYunus RamliAhmad Sazili Mohd NorMohd Zolfakar TaibRompin PKRPas Muadzam Shah Tioman
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :