Hasan Arifin

Datuk Hasan Arifin merupakan seorang ahli politik UMNO dan ahli Parlimen Rompin.

Beliau dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin dan juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang (1995-1999). 

Beliau dinamakan sebagai calon mewakili UMNO dalam Pilihan raya kecil Rompin 2015 pada 5 Mei 2015.

Pada peringkat parti,beliau ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Besar Pahang (1999)
  • Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (2018)
  • Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang
  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang
  • Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Ahli Parlimen Rompin (2015)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam (2004)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua UMNO Bahagian Rompin(1990)
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2003)
  • Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan
  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian (1986)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya
  • Kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Pilipina
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P91 Rompin

Kerusi Bertanding DUN: Tiada