Najib, Mahathir selesai mengundi

SHAH ALAM- Dua pemimpin yang diketahui umum sedang berseteru serta bertembung untuk saling memenangi PRU14,   Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi masing-masing, pagi tadi.

Najib mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan, kira-kira 9.20 pagi sementara Mahathir tiba di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar pada  10.55 pagi tadi untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor manakala seperti biasa Mahathir ditemani  Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. 

Najib yang berkemeja biru sedondon dengan isterinya selesai menunaikan tanggungjawab itu pada kira-kira 9.30 pagi dan kemudiannya bersalam-salaman dengan pengundi sebelum meninggalkan perkarangan sekolah.

Pengerusi BN itu pastinya mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 berdepan cabaran daripada calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip dan wakil Pas Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Mohd Kadir Sainudin.

Sementara bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan itu menerima saingan  tiga penjuru menentang penyandang daripada BN  Datuk Ir Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad  bagi kerusi Parlimen Langkawi.

Mohd Najib Abdul RazakBN PAKATAN HARAPAN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular