Pertama kali rasa seperti diperhatikan

PELABUHAN KLANG - Calon Pas Dun Pelabuhan Klang, Khalid Nayan selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah sekitar jam 8.20 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Nor Faridah Mohamat Ali, masing-masing memakai persalinan jubah berwarna hitam.

Kata beliau, kebanyakan pengundi hadir awal pagi dan kelihatan teruja untuk mengundi bagi memilih kerajaan yang benar-benar layak.

"Ini adalah kali pertama saya menjadi pengundi dan menjadi individu yang diundi.

Rasa seperti diperhatikan ramai insan, berasa agak teruja cuma mengharapkan agar ALLAH SWT jaga hati ini daripada sifat riak, insya-ALLAH.

"Kenapa saya berkata begitu, kerana jika seseorg itu menang, maka satu amanah yang cukup besar untuk mewakili rakyat ke dewan rakyat dan tanggungjawab bagi memastikan rakyat dalam keadaan selesa dan dalam masa yang sama mengutamakan keselamatan kehidupan di akhirat," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau turut berpesan supaya keluar mengundi dan mengikut peraturan serta arahan ditetapkan di tempat pengundian agar proses pengundian berjalan lancar.

Khalid NayanPelabuhan Klang Pas
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :