hahidan buang undi di SKTT

ARAU - Calon BN bagi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang (SKTT), di sini, hari ini.

Beliau tiba di pusat pembuangan undi kira-kira jam 9.45 pagi dengan berpakaian baju Melayu berwarna biru.

Ketibaan bekas Menteri Besar Perlis itu di pusat pembuangan undi turut menarik perhatian orang ramai untuk berswafoto.

Pengerusi BN Perlis itu kemudian membuang undi di saluran satu SKTT kira-kira jam 10.45 pagi.

Shahidan ketika ditemui turut mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Perlis.

“Saya harap rakyat dapat buat keputusan yang tepat pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Kerusi Parlimen Arau menjadi tumpuan ramai apabila melibatkan dua tokoh besar iaitu Shahidan dan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru, namun kehadiran calon Pakatan Harapan dilihat seolah-olah tenggelam dek populariti dua nama besar itu.

Pas pernah memenangi kerusi Parlimen Arau pada PRK 1998 sebelum dirampas semula BN sejak PRU 1999.

Pada PRU13, Shahidan telah memenangi kerusi Parlimen Arau dengan menewaskan calon Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dengan majoriti 1,371 undi.

 

Shahidan KassimArau
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular