SPR umum BN-PN menang PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN - Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional(PN) secara rasmi menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke 16 pada Ahad.

Pengumuman rasmi itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang akhbar SPR di Wisma Persekutuan di sini.

"Berikut adalah keputusan penuh PRN Negeri Sembilan Ke-16 yang telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.

"BN memperolehi 18 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional(PN) 7 tujuh kerusi," katanya.

Menurut Ramlan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 ini, seramai 646,084 atau 72.64 peratus telah keluar mengundi.

Katanya, jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi.

"Secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

"Pada PRN Johor 16 juga tidak berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya.

"Dalam melaksanakan urusan pilihan raya, SPR sentiasa mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Untuk keterangan lanjut berkenaan keputusan PRU Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16, sila layari dashboard.spr.gov.my atau menerusi aplikasi MySPR Semak.