KUALA LUMPUR- Krisis di Negeri Sembilan tercetus apabila terdapat pihak yang didakwa melanggar ‘garis merah’ berkaitan kedaulatan institusi adat seperti yang dipersetujui dalam kerjasama politik.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, dalam kerjasama diantara Barisan Nasonal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO-BN telah mengemukakan 10 perkara untuk menjadi asas dalam perjanjian tersebut.
"Daripada 10 perkara tersebut, dua perkara menjadi asas kepada tindakan UMNO Negeri Sembilan dan dua perkara ini yang ingin saya jelaskan pada hari ini iaitu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu yang perlu dihormati.
"Perjanjian ini adalah ibarat garis merah yang ditetapkan oleh kedua-dua parti dan jika mana-mana pihak melanggar garis merah tersebut, ianya dilihat mencabar perjanjian ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen UMNO ke 80 tahun di sini pada Sabtu.
[BERITA PENUH MENYUSUL]