Tak gentar lawan orang popular

TANJONG KARANG – Calon BN Dun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias tidak gentar berdepan dengan populariti calon Pas yang juga penceramah selebriti, Mohd Zamri Mohd Zalnuddin menjelang PRU14 ini.

Menurutnya, pengundi bukannya melihat kepada faktor populariti seseorang calon semata-mata tetapi lebih kepada keupayaan untuk memberikan khidmat terbaik untuk membela nasib mereka.

“Orang bukannya lihat kepada populariti semata-mata kerana dalam soal kerja wakil rakyat ini cukup berbeza kerana mereka mahukan pemimpin yang mampu memberikan khidmat terbaik.

“Saya lihat calon Pas ini adalah baharu dan belum lagi teruji keupayaannya namun pengundi boleh lihat rekod saya sepanjang tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertembungan tiga penjuru Dun Sungai Burong dengan Pas menonjolkan calon popular manakala calon Pakatan Harapan (Harapan), Mohd Tarmizi Lazim.

Mohd Shamsudin LiasTanjong Karang BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :