Najib Lancar Jentera PRU Negeri Sembilan

SEREMBAN - Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan jentera pilihan raya BN Negeri Sembilan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Perdana menteri melancarkan jentera pilihan raya tersebut semasa menghadiri majlis perjumpaan bersama kepimpinan akar umbi Barisan Nasional Negeri Sembilan di sini.

Pada majlis tertutup itu, Najib turut menyampaikan amanat kepada lebih 600 pemimpin BN negeri.

Ketibaan Najib disambut Pengerusi BN merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi MCA Negeri Datuk Seri King Lim Chin Fui dan Pengerusi MIC Negeri Datuk L. Manickam.

Turut hadir Pengerusi Parti Gerakan Negeri, David Chong Vee Hing, Pengerusi Makkal Sakti Negeri Datuk K. Saravanan dan Pengerusi MyPPP Negeri Suhul Hammed Shaik Mohaideen. - Bernama

Mohd Najib Abdul RazakBarisan Nasional Negeri Sembilan
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :