Calon presiden, timbalan Pas perlu ditapis Majlis Syura

SHAH ALAM - Seorang pemimpin Pas mencadangkan agar calon presiden dan timbalan presiden ditapis oleh Majlis Syura Ulama.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik berkata, ia bertujuan untuk mengawal kualiti kelayakan penjawat kedua-dua jawatan tersebut.

"Perlu diwujudkan peraturan dalam Pas. Calon-calon yang ingin menawarkan diri atau dicadangkan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden perlu ditapis oleh Majlis Syura.

"Yang tidak layak digugurkan oleh Majlis Syura," katanya menerusi laman Facebook pada Rabu.

Tambah Mokhtar, tindakan itu perlu dilakukan kerana dikhuatiri semua orang merasakan layak untuk memegang jawatan tersebut.

"Kalau ada dua calon yang layak sahaja, maka yang dua orang itu sahaja bertanding," ujarnya.