Pesaingan tiga penjuru di Parlimen Jasin

JASIN - Semua calon tiga penjuru bagi PRU14 Parlimen Jasin (P139) diumumkan layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Jasin, Zamrud Yahya pada jam 12.05 tengahari tadi Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.

Pengumuman calon berjalan lancar tanpa sebarang bantahan.

Proses penamaan calon itu juga berlangsung dengan tenang daripada berlakunya kekecohan walaupun lebih 1000 penyokong calon BN, PKR dan Pas hadir di perkarangan Politeknik Merlimau Melaka.

Menariknya, bagi Parlimen Jasin, pertembungan calon tiga penjuru menyaksikan orang lama calon BN, Datuk Seri Ahmad Hamzah bertemu muka baharu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (PKR) dan Abd Alim Shapie (Pas).

Kesemua calon bertanding juga dilihat mempunyai potensi menjadi calon pilihan lebih-lebih lagi sebahagian calon dipertandingkan mempunyai pengalaman dan latarbelakang politik yang kuat.

Bagaimanapun, kehadiran Timbalan Presiden PKR, Shamsul Yusof Mohd Akin sedikit sebanyak memberi kejutan pada proses penamaan calon ini.

Beliau yang bertanding di Dun Rim (N25) berhadapan calon BN, Datuk Ghazale Muhamad yang merupakan penyandang dun itu sebelum ini selain calon Pas, Kintan Man yang pernah bertanding di Dun Sungai Rambai N28 pada PRU13.

Dun Bemban (N24) pula menyaksikan calon baharu BN Datuk Koh Chin Han bertemu calon PKR, Dr Wong Fort Pin yang merupakan anak jati Nyalas dan calon Pas, Suhaimi Harun.

Sementara itu bagi Dun Serkam (N26) dan Dun Merlimau (N27) kesemua calon juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Zamrud YahyaAhmad HamzahKhairuddin Abu HassanJasin
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :