Tiga penjuru di Kubang Kerian

KOTA BHARU - Parlimen Kubang Kerian menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas, BN dan Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 nanti.

Pas mempertaruhkan calon import iaitu Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mempertahankan kubu kuat mereka di Parlimen tersebut.

BN meletakkan Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani juga calon paling veteran berusia 73 tahun, sementara Harapan mencalonkan Dr Abdul Halim Yusof.

Manakala calon di kerusi Dun Salor pula menyaksikan persaingan antara, Husam Musa (Harapan), Datuk Noordin Awang (BN) dan Saiful Adli Abu Bakar (Pas).

Di Dun Pasir Tumboh, Mohd Noor Mat Yajid yang juga bekas pakar strategi pilihan raya Pas bertanding mewakili Harapan, BN meletakkan muka baharu iaitu Bakri Yusof (Ketua Pemuda Umno Kubang Kerian) dan Pas menampilkan Abdul Rahman Yunus (penyandang).

Sementara itu di N19 (Demit), Harapan meletakkan cicit kepada tokoh ulama Kelantan (Tok Kenali) iaitu Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah.

Manakala Pas masih mengekalkan penyandangnya, Mumtaz Md Nawi dan BN mempertaruhkan muka baharu iaitu Nurul Amal Mohd Fauzi juga anak kepada bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian.

Tiada calon bebas yang bertanding di Parlimen Kubang Kerian dan pengesahan kesemua pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen, Ibrahim Bakri Mat Deris pada jam 12 tengah hari tadi.

Turutan senarai calon ikut susunan mengikut daftar SPR

P024 KUBANG KERIAN

1- Dr Abdul Halim Yusof  (Harapan)

2- Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani (BN)

3- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)

N17 SALOR

1- Husam Musa (Harapan)

2- Saiful Adli Abu Bakar (Pas)

3- Datuk Noordin Awang (BN)

N18 PASIR TUMBOH

1- Mohd Noor Mat Yajid  (Harapan)

2- Abdul Rahman Yunus (Pas)

3- Bakri Yusof (BN)

N19 DEMIT

1- Nurul Amal Mohd Fauzi (BN)

2- Mumtaz Md Nawi (Pas)

Tuan Ibrahim Tuan ManMuhammad Abdul GhaniAbdul Halim YusofKubang Kerian
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :