Tuan Ibrahim Tuan Man

Maklumat Diri
Asal
Kampung Balai, Jerantut Pahang
Tarikh lahir
27/8/1960

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan Menteri Alam Sekitar dilantik pada tahun 2020.

Beliau juga bekas pesara guru dan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka Pahang selama 14 tahun dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Balai, Jerantut Pahang.

Bekas ADUN Jengka ini melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di UKM dan tamat pengajian pada 1995. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Tuan Ibrahim daripada Pas menang dengan mendapat 35,620 undian ketika menentang Muhammad Abdul Ghani daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 16,251 undi dengan majoriti undi sebanyak 19,369.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pensyarah UiTM Jengka
  • Guru 

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Presiden Pas (2015-kini)
  • AhJK Kerja Pusat (2013-2015)
  • Ketua Penerangan (2011-2013)
  • Naib Presiden (2009-2011)
  • Pesuruhanjaya Pahang (2004-2013)

Jawatan dalam kerajaan:

  • Menteri Alam Sekitar (2020-kini)
  • Ahli Parlimen Kubang Kerian (2018-kini)
  • ADUN Jengka (1999-2004)
Pendidikan:
  • Sarjana Dakwah dan Kepimpinan USM
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan USM
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P24 Kubang Kerian

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Video Berkaitan Tuan Ibrahim Tuan Man