PRN Tetap keluar mengundi demi tanggungjawab

PETALING JAYA - Seorang warga emas, Kassim Saubth Ali Khan, 81, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) walaupun berkerusi roda.

Beliau yang ditemani keluarga tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi setiap kali pilihan raya bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

“Hari ini saya ditemani isteri, anak dan menantu. Anak saya tolong tolak kerusi roda untuk saya datang ke sini,” katanya ditemui selepas selesai membuang undi di SK Subang Jaya di sini pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi warga emas, S Subramanian, 67, dan keluarganya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir mengundi di pusat mengundi yang sama.

**media[2303822]**

“Mengundi ini satu kewajipan kepada kita sebagai rakyat, jadi tiada sebab untuk kita ambil mudah perkara ini dan tanggungjawab ini perlu ditunaikan,” katanya ketika ditemui.

Tambah Subramaniam, beliau mengakui kehadiran pengundi di pusat mengundi berkenaan agak perlahan berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

"Saya tidak pasti kenapa tetapi mungkin masa masih awal dan mereka mungkin akan keluar beramai-ramai pada petang ini," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!