Usahawan kecil harap dibantu

PEKAN - Usahawan kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini memohon kerajaan melalui agensi berkaitan membantu mengetengahkan produk keluaran mereka agar ia dapat menembusi pasaran luar.

Banyak produk dihasilkan usahawan di sini khususnya dalam kalangan belia namun tidak dapat diperluaskan disebabkan pelbagai kekangan.

Usahawan produk makanan dari Felda Chini 3, Fazlia Mohamad Ali, 38, berkata, tanpa bantuan kerajaan, kemampuan untuk memajukan perniagaan agak terbatas dan hanya bergantung kepada pasaran setempat.

Beliau yang mengusahakan produk mi kuning, cincau dan makanan berasaskan kacang soya termasuk tempe, tauhu serta tauge berhasrat untuk mengembangkan perniagaan itu bagi menembusi pasaran lebih luas.

"Ketika ini, proses penghasilan produk hanya dilakukan di rumah. Jadi ada perancangan untuk membuka sebuah bengkel yang lengkap supaya pengeluaran produk berkualiti dapat dihasilkan secara maksimum.

"Saya memerlukan dana sebanyak RM20,000 hingga RM50,000 bagi merealisasikan hasrat ini, " kata graduan Ijazah Teknologi Maklumat ini ketika ditemui selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain di sini semalam.

Fazlia berkata, dia mengusahakan produk tempe sejak lapan tahun lalu namun pasarannya hanya di kawasan Chini sahaja.

Menurutnya, setakat ini perniagaan yang dijalankan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak malah dia juga tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan bantuan.

Mohd Sharim Md ZainPRK Chini

Berita Popular

Video Popular