'Fight' dengan Mashitah sampai akhir

KUALA KETIL - Calon BN Kuala Ketil mengakui terpaksa bersaing sengit dengan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim hingga saat akhir.

Datuk Khairul Azhar Abdullah berkata, beliau percaya sebagai orang kuat parti, Mashitah reda dengan keputusan pucuk pimpinan.

Menurutnya, keputusan pimpinan mencalonkan beliau kali kedua berkemungkinan atas faktor, dirinya anak tempatan.

"Dua orang ini saja 'fight' sampai saat akhir.  Orang parti kena akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi yang mencalonkan mana-mana calon. Perang mesti menang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan progam Senam Sihat Minda Cergas di Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan, di sini hari ini.

Beliau berkata, jika Mashitah dipilih sebagai calon, beerti tiga calon di Kuala Ketil termasuk Pas dan PKR, semuanya orang luar.

"Mungkin atas faktor itu saya terpilih, kita lihat senario politik di Kuala Ketil berbeza dengan Dun lain dalam Parlimen Baling. Sentimentalnya lain," katanya.

Khairul Azhar berkata, BN optimis mencipta kemenangan sekalipun Dun Kuala Ketil bakal menyaksikan saingan empat penjuru.

"Bebas dah beli satu borang, maknanya akan berlaku empat penjuru antara BN,  PKR, Pas dan Bebas.

"Dun Kuala Ketil mempunyai 33,892 pengundi, 89 peratus terdiri kaum Melayu dan dalam sama kaum India dan Cina penentu kemenangan. Saya yakin dan percaya ia beri peluang cerah kepada kita untuk menang," katanya.

Mashitah IbrahimKhairul Azhar AbdullahKuala Ketil Baling
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Berita Popular

Video Popular