Pakatan Harapan Kelantan taruh calon Orang Asli

KOTA BHARU - Pakatan Harapan Kelantan mempertaruhkan calon dari suku kaum Orang Asli yang pertama bertanding dalam PRU14.

Pengerusinya, Husam Musa berkata, calon bagi kerusi Dun Galas, Nasir Dollah, 31, itu bertujuan membela dan menjaga kebajikan suku kaum berkenaan.

Menurutnya, 60 peratus Orang Asli perlu berada dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan menubuhkan jawatankuasa perunding bersama antara inti pati manifesto pihaknya.
 

“Nasir yang mewakili Amanah mendapat persetujuan pimpinan tertinggi peringkat pusat dan negeri akan bertanding atas tiket Harapan di negeri ini.

“Saya menerima draf daripada Orang Asli untuk parti yang bertanding dalam PRU14 dan bersetuju untuk masukkan dalam tawaran manifesto Harapan Kelantan yang akan dilancarkan nanti,” katanya pada sidang media di Studio Red Carpet, Pintu Geng, hari ini.

Husam MusaKota Bharu