YB Haji Husam Musa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Naib Presiden PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan. Beliau telah dipecat daripada Parti PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib.