Rekod Halimah cemerlang

SHAH ALAM -  Calon Pas PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang berbanding pihak lawan.

Hal itu diakui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, pemilihan Dr Halimah berdasarkan prestasi kerja dan pengalaman beliau.

Menurutnya, beliau yakin Pas mampu membuat kejutan dalam PRK Seri Setia dipengaruhi kegagalan kerajaan menunaikan janji 100 hari PH.

"Kita meletakkan bekas Exco dan bekas Adun yang telah membuktikan kerjanya  wakil rakyat. Beliau wakil rakyat yang turun padang, yang bekerja.

"Bukan wakil rakyat 'sign board' (papan tanda) yang tunjuk gambar sahaja, yang turun hanya bila pilihan raya (tetapi) kita buktikan (calon Pas) melalui pengalaman yang ada," katanya.

Dr Halimah akan bertemu calon PH, Halimey Abu Bakar bagi merebut kerusi Dun Seri Setia selepas penyandangnya, Prof Dr Shahruddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.

Dr Halimah AliPRK Seri Setia Dr Halimah Ali Pas
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :