MB Terengganu, isteri selesai mengundi

KUALA NERUS - Menteri Besar merangkap Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi.

Ahmad Razif yang juga calon Dun Seberang Takir hadir ditemani isteri beliau, Toh Puan Seri Halina Zakaria turut meluangkan masa selama satu jam bermesra dengan pengundi di pusat mengundi berkenaan.

Turut mengundi di sekolah yang sama calon Pas yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, Ahmad Razif ketika ditemui mengakui lega dan berpuas hati dengan kelancaran proses membuang undi hari ini.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati kerana sejak bermula kempen pada hari penamaan calon sehingga ke hari mengundi hari ini segala proses berjalan lancar.

"Tiada sebarang provokasi atau insiden yang tidak diingini dan ini membuktikan pengundi-pengundi kita semakin bijak serta mengamalkan politik matang,"katanya.

Katanya lagi, seluruh rakyat di negeri ini yang berdaftar sebagai pemilih dinasihatkan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara yang hanya berlaku lima tahun sekali itu.

Ahmad Razif Abd RahmanSeberang Takir BN
ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :